Friday, November 25, 2011

KANJI BAJU. Apa itu?

Siti keluar menaiki beca,
Ikut jalan di tepi sawah padi,
Selamat sejahtera para pembaca,
Maaf lahh lambat update blog kali nii!


Heheh start ngan pantun pulak lahh kann..

Hmm pernah tak kamu kamu ni dengar istilah 'kanji baju'?

Biase nyea uniform lahh.

Tak pernah eaa?

Takpe takpe kali ni aku nak cerita tentang aktiviti meng-kanji baju uniform, dalam kes ni full-U Komander Kesatria aku lahh :)

Meng-kanji baju uniform dalam fahaman aku ialah sesuatu perkara di mana kita boleh mencantikkan dan men-smart-kan uniform kita bila kita gosok dan pakai.

Okay, ni pun 1st time aku kanji uniform aku.

Kisah nyea bermula macam nii..

Pada 26 hingga 30 Oktober lepas, UiTM Negeri Sembilan jadi tuan rumah Jambori Komander Kesatria Kali Ke-7. Maka ade pertandingan kawad kaki, di situ lahh mula nyea bila para peserta kawad kaki perlu kanji full-U mereka agar tampak kacak, cantik dan bergaya semasa bertanding.

Aku sebagai urusetia di bawah Biro Makanan telah mendapat tugas khas daripada pengurus pasukan kawad kaki kami iaitu Komander Muda Aiman Arif B. Mohammad untuk masak air 1 periuk besar pada 25 Oktober.

Aku pun bangun lahh awal pagi untuk masak air seperiuk tuu..guna kayu api lagi tauu..sangat tradisional! Dengan bantuan Komander Rendah Kanan Muhamad Faiz B. Johan dan Komander Rendah Muda Mohd Alifie Farhan B. Mohd Joha :) thanks a lot guys!


Paan & John masak air panas

Bahan bahan nak kanji baju ni sikit jea, ade 4..air panas menggelegak, tepung ubi, nila and minyak tanah.





Baik lahh..perkara pertama sekali, tuang tepung jagung dalam baldi..baldi sponsor sendiri okeyh!


alahai Aiman comel nyea gayung kat kepala tuu haa


Lepas tuu boleh tambah air paip sikit and curah air panas yang sedia menggelegak..


panas tuu..siap berasap lagi

Then perlu tambah nila dan minyak tanah..





Kacau..kacau..kacau...tapi jangan terlalu pekat atau terlalu cair






Sebelum rendam uniform dalam baldi berisi air campuran tadi, basah kan dulu baju dengan air paip



senyum lebar nampak..


Then rendam lahh baju dan seluar..jangan lupa perah perah sikit







KMdy Mai..model rendam seluar..heheh









Lastly, jemur lahh uniform anda di tempat yang sesuai..lagi best kalau kena direct sunlight, puas hati baju kering..





Heheh walau pun aku bukan peserta, tapi aku sempat jugak lahh meng-kanji uniform aku tuu..skali ngan Paan and John..sebab bahan ade lebih..so rezeki jangan ditolak :) bila dah gosok lining lengan kat baju memang sharp lahh kann... cantik woo!


KRM Alifie, KRK Jass, KM Syazwan, KRK Nasuha, KRM Muiz

So itu lahh cerita peng-kanji-an uniform kebanggaan aku :D 

Chaiyuk Komander Rendah Kanan Jass Nuur Sarah Arina!

Hee exited lebih pulak..I'm sorry! :)












1 comment:

  1. Assalamualaikum tumpang tanya, apa tujuan letak nila ya? terima kasih

    ReplyDelete