Tuesday, January 3, 2012

Kejutan Budaya..si Budaya bagi surprise ea?



Ahha lately ni kann, kecoh kecoh jea pasal student yang belajar kat oversea berubah lifestyle nyea..

Ada 2 orang yang memang hangat iaitu:

 Nur Amalina Che Bakri
Ariff Alfian Rosli


Kenapa mereka berdua jea yang naik 'populariti' nyea padahal sure lahh ramai lagi kat sana sana yang macam yang 2 ni jugak? 



kak Amalina ke Mizz Nina ni?


abg Ariff & hubby nyeaaaaaaaa



Haishhh! -.-" Patut lahh.




Kemana pergi nyea Nur Amalina dan Ariff Alfian yang cemerlang dalam pelajaran dan mendapat tajaan belajar di luar negara oleh Petronas Dan Maybank?









Ehh aku ni sebenar nyea nak cakap pasal 'kejutan budaya'..bukan review story pasal mereka nii..heheh tapi sangat menarik menjadikan mereka sebagai contoh akibat kejutan budaya terlampau..terlampau ke?

Mungkin lahh!

Okay baik murid murid, apa itu kejutan budaya?


Menurut Wikipedia versi BM..


"Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar"


Fenomena 'terkejut-kejut' nii sebenar nyea boleh jadi kat mana-mana punn tak kira jantina, umur mahupun bangsa kan?



Dulu masa aku masuk asrama punn aku terkena kejutan budaya..aku rasa janggal sangat berada dalam kalangan kawan-kawan yang belajar sentiasa sebab aku ni selalu study steady dan rilek..dalam kelas tu memang biasa nyea senyap sunyi, aku jea lahh kat belakang toleh kiri kanan sorang-sorang. Hahah tapi aku takde la pulak terikut nak belajar sama..heee. 

So maybe aku ni bukan tergolong dalam mangsa kejutan budaya?

Ada jugak kawan aku kat UiTM ni masa mula-mula belajar dulu suka sangat keluar berjalan. Pantang ade masa free nak pergi KL lah Seremban lah. Rupa nyea dia kalau duduk kat rumah memang haram nak diberi peluang keluar bersuka ria kecuali ke sekolah atau dengan keluarga. Once hilang dari pandangan mata parents, bebas dari 'penjara', memang ligat lahh kawan aku tuu.


Yea sudah pasti banyak dugaan sepanjang keberadaan kat negara asing tapi yang menentukan cara hidup ialah diri sendiri. Kawan-kawan yang kita pilih punn sure beri impak pada kehidupan seharian kita.


Aku tak perlu nak ceramah macam pendakwah sebab aku tau aku pun belum tentu survive kalau sorang jea kat sana tuu..sebab tu aku tak nak or still tak terbuka hati nak sambung belajar kat oversea!


Memang bagus belajar kat tempat orang sebab boleh timba pelbagai ilmu dan pengalaman. Tapi kalau balik tak bawak hasil..or hasil yang entah pape baik tak payah..lagi teruk kalau lupa tanah air pastu tak balik terus.


Jom lahh kita semua doa agar mereka yang dah 'jauh dari landasan' agar dapat bertaubat..pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa masih di badan.

Paling penting, jangan sesekali kita salah kan parents mereka nii..sebab


bukan  salah ibu mengandung

kalau lahh memang salah mak bapak, tak mungkin nyea la mereka ni dapat jadi pelajar cemerlang and pandai kann?


Ayah aku pernah cakap dulu, kalau nak belajar nii kat mana-mana punn boleh..tapi terpulang pada individu nak jadi orang macam mana.











3 comments:

  1. teruskan...
    nanti bleh jd journalist...

    ReplyDelete
  2. nice ! bkn salah mak bkn salah bapak . salah kerajaan kot bg dak2 tuh hidop mewah2 kat overseas . cube anto ge blaja kat india . tade nye na jd camtu . hahaha . kejutan budaya kuat makan ? :p

    ReplyDelete
  3. to Anonymous, thanx for the compliment :)

    to Adha..haa mungkin gk lah..kt india nk jd ape kann??

    ReplyDelete