Wednesday, March 14, 2012

your S-T-U-P-I-D-I-T-Y kills ME!

Hello readers!

Post kali nii nak cerita pasal kelakuan manusia..atau punn human behaviour.



Bukan 1st time jadi tapi just hari nii terasa nak bangkit kan isu-isu kehidupan seharian kita..




1.   Potong barisan.



Seriously people, tergamak nyea kau nak potong barisan padahal yang lain-lain elok jea beratur. Damn it lahh weyhh! Sekarang nii kat kampus aku kan tengah exam week, so waktu lunch and dinner memang akan sesak Anjung Sri Perpatih tuu.. Orang lain pun nak cepat. Nak jimat masa.



Tapi kenapa mereka boleh beratur dan sabar? 
Kau tuu tak mampu ke?
Golongan OKU ke kau nii? 




Haa maybe kau fikir orang tak kisah..sebab tuu kau boleh pijak kepala mereka dan buat muka cool lahh konon.. Aku dah tegur punn kau boleh buat tak tauu jea kann? Macam tak bersalah apa. Aku ingat hectic sangat lahh hidup kau tu sampai rushing nak cepat segala..tapi aku tengok kau duduk makan kat meja kuning tuu jugak. 


Apa guna muka comel tapi manners hilang tak tauu ke mana?
*opss comel ke?






Tengok nii..budak-budak punn tahu beratur..ke kau tak pergi sekolah dulu? Tapi kalau tak sekolah macam mana boleh masuk universiti? Pandai sangat eaa? KALAU PANDAI MANA PUN TAPI TAK RETI PAKAI OTAK TAK GUNA jugak lahh!

Sekali lagi aku nampak kau buat benda sama depan aku, siap ler cik adik oii!


2.   Buang sampah.

Nii lagi satu hal...is it so hard to throw your own sampah to the dusbin? Haihh..pelik lahh dengan golongan macam nii tahu tak. Dulu kat sekolah tadika tak ada cikgu ajar nak buang sampah kat dalam tong sampah eaa? Kalau tak masuk sekolah tadika mesti ada sekolah rendah dan sekolah menengah.. Ke langsung tak masuk sekolah? Hakhakhak!

Okay now tengok lahh video 'nama pun sampah' dari MatLuthfi90 nii yeaa...dan tolong faham kann isi nyeaa!







So whats up? Dapat ke tak maksud nyeaa? Harap dapat lahh yeaa.


3.   Patuh arahan yang simple.

Okay nii selalu jadi jugak..

Arahan yang senang pun takkan tak boleh nak buat kot? Aku akan bagi contoh kejadian yang sering aku nampak kat environment aku nii haa. Once again Anjung sebagai lokasi. Kat Anjung nii ada 1 kedai yang jual hotplate atau sizzling lahh nama lain nyeaa.. Dan secara terang-terangan lagi bersuluh, tuan empunya kedai tuu dah tulis supaya tray dia tuu dipulangkan semula ke tempat asal selepas pelanggan habis makan. 


Ilustrasi  semata-mata

Ahhaa malang sekali yang aku nampak hari tuu ialah pelanggan LELAKI? Maaf, bukan nak  berdiskriminasi..tapi kau yang aku nak point sekarang nii.


Wahai cik abang, pertama kali makan sizzling yee mee ke?
Susah sangat ke nak tolong pakcik tuu ringan kann kerja dia?
Berat sangat yeaa tray tuu untuk diangkat?

Owhh jantan, loser sungguh lahh kau. Yang aku nampak tadi kau tuu sihat tubuh badan..tak ada cela apa-apa punn. Memang sah lahh tak gentlemen! Kesian kat bakal isteri kau dapat lelaki macam nii.


Well aku tauu yang aku nii punn tak sebaik mana..tapi 3 perkara tadi tuu kann boleh kata yang paling basic dalam hidup kita nii..takkan tak boleh nak ikut pulak kann? Dari yang simple dan senang nii lahh yang akan didik kita untuk patuh pada perkara lain yang lebih besar mungkin. So kalau yang starting nii punn dah gagal, yang lain-lain macam mana?


Tolong lahh fikir wahai 
kawan-kawan yang bijak pandai!










No comments:

Post a Comment