Thursday, April 28, 2011

This is Me (months ago)


“MANUSIA MEMANG TIDAK PERNAH CUKUP DENGAN APA YANG DIMILIKINYA”

Ya, kenyataan tu memang betul.. tak kisah lah lelaki atau perempuan, dua-dua sama jea. Especially kalau dalam bab hubungan ni..sebab tu la wujud nye perkataan ‘playboy’ and ‘playgirl’. Bak kata orang, ''berkawan biar beribu, berkasih biar satu’’. Tapi kan, ape maksud sebenar sebalik ungkapan tuh?

Bila couple dengan someone, kita masih boleh lagi berkawan dengan orang lain tapi kena still ingat lah batas-batas pergaulan tu kan. Prinsip hidup ber-couple ni rasa nye sama jea cam hidup sebagai seorang pengguna (ala macam pengguna nak ber-shopping tu la). Which means kita boleh apply ciri-ciri pengguna bijak semasa ber-couple. Contoh nye, walaupun dah ade boyfriend/girlfriend, kita masih ade hak untuk mencari dan memilih calon lain yang lebih baik daripada yang dah ade depan mata tu. Hmm betul ke macam tu??? Well if you asked me, i will definitely say YES!

Tapi kenape orang-orang yang dilabel sebagai ‘player’ dipandang hina malah dikutuk-kutuk orang ramai? Bagi saya, mereka ni hanya insan-insan biasa yang menggunakan dan mengamalkan ‘prinsip pengguna bijak’ dengan  sebaik and se-praktikal mungkin. Hmm atau adakah kerana mereka selalu mempermainkan hati dan perasaan orang lain?

Ha kat situ la muncul nye perkataan ‘skandal’. Skandal ni rasa nye sama jea macam couple. Cuma bezanya tak declare. Memang ade beza antara ‘declare’ dan ‘tak declare’. And skandal pun ade prinsip-prinsip tertentu jugak. Misal nye, kita tak boleh jealous or nak mengamuk kalau partner skandal kita tu berskandal dengan orang lain. Ada paham ke? Harap-harap korang paham lah. Dah nama pun skandal kan…
Ada orang penah cakap dengan saya, 
‘'just have fun selagi boleh dapat and rezeki yang datang jangan ditolak!’’

Untuk menjadi playboy@playgirl@skandal yang baik, kita kena lah mendapat tunjuk ajar daripada meraka yang berpengalaman dan bertauliah…seriously! Kalau tak, carik nahas nama nye.. Paling penting, kita mestilah bersikap profesional. Maksud nye kena pandai jaga hati dan jaga diri. Tapi kadang-kadang hati ni mesti lah bengang and berbulu mata ni bila tengok skandal kita dengan orang lain. Lagi-lagi kalau skandal kita tu hot orang nye..mak aih memang menebal sifat kepunyaan tu!
Namun dengan kewujudan golongan player dan skandal ni lah yang menyebabkan peratusan orang yang curang kepada pasangan nye semakin meningkat. Tapi tak boleh lah nak salahkan dia jea, mungkin kita yang tak curang ni ade kekurangan dan kesilapan di mana-mana. After all, nobody’s perfect right? So bagi mereka yang masih stay cool dan kukuh tembok kesetiaannya terhadap pasangan masing-masing, teruskan lah kecemerlangan anda! Sebab takde rugi nye kalau anda berbuat demikian. Dan pada mereka yang sudah pun mempunyai pasangan yang baik, jangan lah gatal-gatal nak buat perangai pulak yea….. Semoga kebahagiaan menjadi milik kalian berdua. Amin!



No comments:

Post a Comment